Ukhwah Fillah....
Sahabat yang setia bagaikan PERFUME yang mengharumkan ikatan. Sahabat sejati menjadi PENDORONG segala impian. Sahabat berhati mulia membawa kita MENUJU ke jalan Allah....INSHAALLAH
Assalammualaikum KORANG!!!!!!!!
korang ada rasa x dalam hidup ini kite pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai SAHABAT.. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kite masih hidup di dunia ini. SAHABAT yang baik akan sentiasa membimbing kite ke arah kebaikan.
Dalam kite berkawan biarlah ikhlas dan bukannya bersebab. Kite hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan kepada SAHABAT kite tanpa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kite lakukan.
Adab dalam berkawan memang perlu sentiasa dijaga supaya hubungan persabahatan yang dibina akan berkekalan sampai bila-bila. Kite akan dapat mengenali siapa rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kite di waktu susah dan juga senang.
Kawan yang ramai sememangnya boleh dicari. Itu memang benar. Dimana-mana sahaja tempat kite boleh berkenalan dengan orang lain. Rakan-rakan sekampung, rakan sekolah, rakan universiti, rakan tempat kerja dan banyak lagi rakan-rakan lain yang boleh kita jumpa dimana-mana. Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
Kehidupan kite dan rakan-rakan kite adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Rakan-rakan boleh menjadi tempat untuk kite berkongsi masalah. Rakan yang terbaik akan menjadi pendengar yang baik dan akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang kite hadapi.
Kite juga boleh meminta pandangan dari rakan-rakan kite terhadap perkara yang kite tidak tahu. Hargailah pandangan yang diberikan oleh rakan kita walaupun adakalanya kite tidak bersetuju.
BERSAHABAT dalam Islam
Makna sahabat sangat pelbagai. Dari sisi Nik Aziz,
sahabat ada 3 kategori:

1)Sahabat ibarat macam hamba-Kite hanya perlukan dia
bila kite susah tapi bila keadaan sebaliknya,kite buang saja.
2)sahabat seperti bank Islam-Apabila kite kesesakan,dia
menghulurkan sumbangan dan tak kenakan faedah atau bunga pun. maksudnya saling
tolong-menolong apabila seseorang dalam kesusahan.
3)Sahabat sehidup semati- kategori atau tahap yang
paling tinggi (ithar) dan sukar untuk dicapai. tahap sebegini kite sanggup
berkorban apa sahaja untuk sahabat.Jika kite makan,kite akan teringatkan sahabat
kite,adakah dia sudah makan?Oh,sungguh bahagia kalau dapat sahabat seperti
ini.
Sebagaimana
hadis nabi SAW :
لا يؤمن أحدُكم حتى يحبَّ
لأخيه ما يحبُّ لنفسه
“ Tidak
beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sepertimana kamu
mengasihi diri kamu sendiri.”
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina
persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw)
kepada anaknya:
1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia
adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila
engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka
menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna dan jika ia mengetahui
mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
4) Pilihlah sahabat yang
jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau
diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5)
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan
bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan
yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia
suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah
s.a.w bersabda:
”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.” (Muslim)
”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.” (Muslim)
SO...Sebelum kite berharap untuk menemui sahabat yang sejati, pastikan diri kite juga bersedia untuk menjadi seorang sahabat yang baik untuk kawan kite.Mari kite renungkah sama ada kite telah menjadi sahabat yang baik………..
![]()
- Memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu.
- Utamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.
- Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta.
- Menyembunyikan segala rahsia sahabat.
- Memberikan perhatian ketika sahabat kita bercakap dan tidak sekali mencelah ketika dia bercakap ataupun bersikap endah tak endah.
- Tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
- Memanggil sahabat dengan nama atau panggilan yang disukainya.
- Melahirkan kegembiraan apabila menerima pertolongan, hadiah atau jasa baik sahabat.
- Tidak mengulang-ulang atau menyebut kesalahan atau keburukannya yang lalu.
- Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Tegur secara rahsia atau berhemah.
- Sentiasa mendoakannya
- Merasa gembira dengan kegembiraannya dan bersedih dengan kesusahannya.
- Tidak berburuk sangka terhadap sahabat.
- Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia tertekan.
- Berterima kasih atas kebaikannya.
Semoga kita berjaya memimpin diri kita untuk mempraktikkan nilai murni sebagai sahabat yang baik.
Puisi Dari Seorang Sahabat :
Jangan cinta kerana dia perempuan anggun,
kelak kita akan membenci,
jika dia bukan perempuan anggun yang dicari,
hanya pandai menabur janji.
Jangan dirindu pada kecantikanya,
kelak kita akan terseksa,
jika dia tidak sebaik rupanya,
senyumnya manis hanya sandiwara.
Jangan disayang kerana berpangkat mahupun berharta.
kelak kita hidup menderita,
jika hartanya habis dibelanja dan jika kerjayanya musnah,
sukarnya hidup miskin dan papa kedana.
Jangan dikasih kerana dipuji,
kelak kita menagih janji,
jika rupa berkedut dimamah hari,
hilang sudah puji memuji.
Jangan dicari seorang kekasih,
kelak kita akan tersisih,
jika kasih hilang luntur dihati,
menangislah diri hidup bersedih..
Jangan disambut salam rindu,
kelak kita menahan tersendu,
jika rindu tak dapat disatu,
dimanakah akan kita mengadu.
Jangan dilayan seorang teman,
kelak hidup menjadi ancaman,
jika teman tidak beriman,
dibakar api dihari kemudian.
Duhai sahabat Duhai teman,
carilah dia kerana tuhan,
untuk menambah ceteknya iman,
bekalan diri hidup berteman.
Duhai sahabat Duhai teman,
cintailah dia kerana beriman,
dijadikan tuhan sebagai pasangan,
baik buruk ketentuan tuhan.
Duhai sahabat Duhai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..
Duhai sahabat Duhai teman..
ingatlah akan janji tuhan..
Hargailah rakan-rakan yang masih ada bersama dengan diri kite. Jika kite tidak pandai untuk menghargai rakan-rakan kite, sudah tentu mereka akan pergi meninggalkan kite. Berbuat baiklah kepada rakan-rakan kite mengikut kemampuan diri kite. Sentiasa mengambil berat kepada diri mereka
SO SELAMAT BERAMAL....PEACE NO WAR!!!
1 ulasan:
Haiii boleh ka nk copy paste madah2 utk sahabat
Post a Comment