Alhamdulillah sgt2 coz minggu hujan jer....langit mendung xmcm ari2 lain,sejuk n tenang jer rasa....semendung n setenang air di dalam kolam KIST....wahhh!!!!ayat xmenahan....hehheheheh..mesti time nie ikan dr kolam KIST meloncat loncat kegembiraan kuar dr kolam.....almaklum la asyik ujan jer skarng nie..
wah bley lawan ATLET NEGARA acara lompat tinggi...
hurmmmm.....
tp kalu tido time2 ginie mesti lagi best..tp memandangkan kiter dah terlalu lalu sgt la puas tido...so meh kiter ada satu topik nak kongsi ngan korang.....pe pendapat korang tentang BUSUK HATI????......

busuk HATI yang dah sampai tahap Cirrhosis...(WAH!!!masuk sains plak!!!)
Tipu la kalu korng cakap korng xpernah rasa busuk hati kat orng...kiter sendri pon ada rasa busuk hati kat orang......rasa mcm nak cekik2 n gigit2 jer orng tu....hehehhehehe..tp sebenarnya kalu bley kiter kena elakkan daripada busuk hati kat orng coz xelok untuk diri kiter dan orang sekeliling kiter coz ia akan memburukkan lagi keadaan.....korang rasa PUAS KER kalu korang dah buat something yang xbaik kat orng yg korng dengki n busuk ati sgt tue???hurmmm....so.. tepuk dada Tanya kaki......hehehehee

motif sangat nak tya sama kaki....
macam mana HASAD DENGKI boleh muncul dalam HATI KITER?? Hasad dengki muncul akibat bisikan syaitan yang menghembus ke benak hati untuk melakukan sesuatu kezaliman ke atas orang lain, menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang dan berasa puas dengan taktik tersebut.Hal ini berlaku kerana manusia yang hatinya busuk sentiasa memikirkan cara untuk naik ke atas dan memijak orang lain dengan bangganya. |
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.Riwayat Hadith al-Bukhari
bahaya kalu gini gaya nyer....
NAK Iri Hati itu BOLEH...JIKA!!!!!!!!!?
jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih baik amalannya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka.
AMINNN........
Berazam untuk beribadah, beramal dan bekerja dengan lebih. Melebihi orang lain, ini iri hati yang baik. Iri hatilah kepada para ilmuan Islam yang telah banyak menyumbangkan buah fikiran dan gerak kerja Dakwah yang belum mampu kita laksanakan.
Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati
1.Muhasabah Diri
![]()
2.Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang
3.Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
![]()
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4.Memupuk Sifat Pemaaf.
![]()
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda, “Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
5.Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman: ![]() Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara ini yang tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6.Ikhlaskan Diri.
![]()
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
CONCLUSION
Yakinlah Dengan Keadilan Allah.
Allah menciptakan kita dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing punya kelebihan yang tidak dimiliki oleh sebahagian yang lain. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melengkapkan sesama manusia. Kerana kita semuanya memerlukan antara satu sama lain.
Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.![]() ![]() ![]()
PEACE NO WAR!!!!!!!
|
0 ulasan:
Post a Comment