(mood: hati yang duka)
Hurmmm hari ni cuaca mendung dengan bersilih ganti dengan hujan yang lebat seperti tahu hati ini sedang menangis untuk melepaskan kesedeyhan yang ada ketika ini....(ayat mau touching)hurmmmm.. korang sedey tak kalu korng asyik kena tipu???..n korang rasa skit teramat2 x kalu yg tipu korang tu plak orng yang paling dipercayai....or DISAYANGI....mcm tu la kiter rasai skarang nie...bukan skali jer tp berulang kali.....
PERLU ke MENIPU....

soooo.....ari ni kiter nak kongsi ngan korang tentang SELIPAR yg MENIPU...maybe lepas nie INSHALLAH kiter n korang yang slalu tertipu bley cuba elakkan n akan jadi lebih berhati2 dalam semua hal.....serta kalu korang tahu korang kena tpu...so SIASAT lu..mana la tau orang yang tipu korang ada alasan tersendri......
tengok gaya macam innocent je...SELIPAR pun pandai nipu
Tipu didefinisikan sebagai perbuatan curang atau kata-kata dusta untuk menyesatkan orang, kecoh, muslihat. Menipu pula adalah membuat kenyataan palsu dengan niat supaya fakta asal tidak diketahui.....
HUKUM bagi MENIPU
- Hukum asal bagi berbohong adalah HARAM kerana ia mengandungi bahaya yang akan menimpa ke atas orang yang dusta itu ataupun ke atas orang lain. Dalam Al-Quran menjelaskan Allah SWT menyediakan balasan neraka kepada orang-orang yang berdusta.
- Tetapi kadang-kadang berbohong mendatangkan maslahah (pandangan berbeza-beza). Di kala itu berbohong diharuskan.

- Begitu juga berbohong kadang-kadang boleh menjadi WAJIB seperti jika seseorang bercakap benar akan mendatangkan bahaya kepada nyawa orang yang tidak berdosa akibat perbuatan orang yang zalim yang mahu membunuhnya.
- Berbohong juga menjadi HARUS untuk menghalang dari tercetusnya peperangan atau untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau untuk melunakkan hati orang yang teraniaya atau untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri yang bersengketa.
abis la kalu smua orang BERBOHONG...jd gini...jatuh MAKET weyy!!
Dalam situasi ini diharuskan berbohong, tetapi hendaklah mengikut sekadar yang perlu sahaja dan tidak melampaui batas atau berlebihan. Ada banyak hadis yang membuktikan bolehnya berdusta kerana maslahah-maslahah yang dinyatakan di atas.
Thawban pernah berkata:
Berdusta itu semuanya haram kecuali yang mendatangkan manfaat bagi seseorang muslim atau boleh menolak sesuatu mudarat daripadanya. Begitulah yang dijelaskan di dalam kitab Maw'izah Al-Mukminin oleh Imam Al-Ghazali.
MACAM mn Kenalpasti Si Penipu
- Maklumat dari orang ketiga
- Bukti fizikal
- Pengakuan dengan desakan
- Kata-kata/Perilaku mencurigakan
- Tidak konsisten dengan maklumat sedia ada
- Pengakuan tidak sengaja
Kata-kata/Perilaku mencurigakan
boleh membongkar sama ada suami, isteri, anak-anak, kawan mahupun jurujual menipu apabila berbicara. Kaedah sama juga diaplikasi oleh pihak polis untuk membezakan keterangan benar dengan yang palsu oleh suspek atau saksi.
Berikut adalah cara-cara mengenalpasti penipuan (www.lifetraining.com):
Penanda aras perlakuan – Kenalpasti perlakuan normal jurujual dengan bertanyakan soalan-soalan biasa seperti cuaca, makanan kegemaran dan minat. Perlakuan normal ini dikenali sebagai penanda aras perlakuan. Kemudian tanya soalan berkaitan barang yang dijual. Sekiranya jurujual menunjukkan reaksi dan ekspresi yang berbeza dengan penanda aras perlakuan, maka jurujual itu sedang menipu. Sekiranya individu itu adalah insan yang kita kenali, kita pasti sudah tahu reaksi dan perilakunya. Reaksi dan perilaku yang bercanggah dengan penanda aras perlakuan berlaku adalah individu itu menipu.

Sikap – orang yang sedang menipu selalunya nampak tidak selesa, cemas, marah dan cuba mengelak.
Postur badan – orang yang menipu menunjukkan pergerakan kaku dan sering menyilang kaki atau tangan.


Pandangan mata – arah pandangan mata seseorang boleh menunjukkan apa yang difikirkan olehnya. Sekiranya dia melihat ke atas dan ke kiri, maka dia sedang mengingat kembali tetapi sekiranya arah pandangannya ke atas dan ke kanan dia sedang mencipta sesuatu yang baru. Oleh tiu, berwaspadalah jika pandangan matanya ke atas dan ke kanan, mungkin dia sedang menipu. Perlu ditekankan bahawa, arah pandangan adalah berlawanan bagi mereka yang kidal.
Butir cerita – perkara yang dikatakan oleh orang yang sedang menipu sering tidak konsisten. Jika gaya soalan diubah sedikit, jawapannya juga ternyata berbeza. Oleh itu, pastikan soalan anda adalah leading question supaya individu itu sukar menipu.
Larangan Menipu dalam Islam
Dalam hadith juga menjelaskan tanda-tanda mengenalpasti seseorang itu munafiq salah satunya adalah apabila ianya bercakap maka ianya menipu. Dalam kaedah fiqhiyyah juga turut memperjelaskan bahawa ‘matlamat tidak menghalalkan cara’ kerana diperolehi dengan cara tidak sah.
Garis panduan ini merupakan asas utama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dalam masyarakat Jahiliyyah bertujuan membasmi penindasan dan ketidakadilan. Sebagai contoh dalam menguruskan jual beli yang banyak melibatkan urusan timbangan bagi urusan pembelian barang kerana penipuan dan riba bermaharajalela. Oleh itu, berdasarkan sejarah masa lampau, menipu juga menyebabkan keruntuhan akhlak dan sikap mazmumah (keji). Alternatifnya budaya menipu ini mesti disingkirkan dalam diri. Pemahaman yang digariskan sebenarnya banyak membantu manusia mengelak diri dari menipu kerana jelas ianya bercanggah dan bersalahan. Keadaan ini disebut dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 42 & 283:
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 42)
“….Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat 283)
Surah Al-Munafiqun, Ayat 1 pula menjelaskan sifat orang munafik yang suka menipu:
“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” (Surah Al-Munafiqun, Ayat 1)
Ayat-ayat Al-Quran serta hadith di bawah menerangkan kesan serta akibat perbuatan menipu:
…. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta. (Surah Ghaffir, Ayat 28)
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesiapa yang menipu kami, maka ia bukanlah daripada kalangan kami.” (Riwayat Muslim
SO kepada yang DITIPU tue pas nie bley la tahu sape yg menipu...
n saper yg KAKI TIPU tue cepat2 la BERTAUBAt kerana pintu TAUBAT sentiasa terbuka untuk korng yg ingn kembali ke jalan benar AMIN...ALLAH MAHA MENGETAHUI PE YANG BERLAKU...so renung2kan dan selamat BERAMAL
PEACE NO WAR!!!!!
0 ulasan:
Post a Comment