Assalammualaikum KORANG!!!!
sory la korang dah lama xupdate BLOG coz internet
agak lembap so membuatkan kiter terasa MALAS nak update...hehheheh...sory..
...senarnya RINDU sgt2 nak tulis blog...tp nak buat mcm mn memandangkan internet agak kelembapan mcm siput sedut...so PASRAH dgn aper yg berlaku..hehehhehe
ari nie ARi yang paling best n bahagia sgt2....coz ari nie ialah ari jadi kiter yg ke 24 TAHUN...best sgt2 coz ramai yang wish n bg hadiah yg comei2 kat kiter....terasa dihargai sgt2...jarang kiter dapat merasai saat n keadaan mcm nie....mcm nak nangis pun ada coz kiter jarang sgt orng buat mcm nie kat kiter...kiter SAYANG korang sgt2....THANKS sgt2...tanpa korang kiter xrasa SEHEPI nie..hanya ALLAH saja yang tau perasaan ni...(ayat nak seday...hehehe)...
Tp PALING TERASA BAHAGIA skali biler MAK n ABAH kiter yg wish BEDAY coz sebelum nie slalu sgt slah tarikh wish...hehhehehhe..tanpa dorng kiter xkan berada di bumi ALLAH yg indah ni...TQ sgt2...I LOVE U so much...xtau mcm mn nak balas budi dorang yang xterNILAI ...n trima kasih juga kerana BLEY tahan ngan sikap ANAK dia yang tersangat nakal selama 24 tahun hidup di bumi ALLAH nie.....so ALANG2 meh kiter nak kongsi skit pasal menyambut HARI JADI dalam ISLAM.....
Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai.

Justeru itu, sekiranya kiter mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kiter memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya....

a. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah.
Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).
b. Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.
c. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.
d. Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.
e. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).

Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”
Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susuli dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah s.w.t.
Selain itu, insan yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia.


so kalu ada pe2 penambahan atau terkurang harap korang bantu k..n TRIMA KASIH LAGI SKALI KEPADA YG WISH N BG KITER HADIAH...hargai sgt!!!!!!!!!!!!LOVE U ALL...muah...muah...

PEACE NO WAR!!!!!!
0 ulasan:
Post a Comment