Assalamuaikum...haii korang...!!
ari ni kiter mcm nak kongsi ngan korang TERUTAMA skali bagi kaum HAWA..nak kongsi TOPIK mengenai AURAT
Ramai kaum hawa hari ini tak mengambil berat dengan memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat.
Islam tidak melarang jika sekiranya wanita muslim ingin menggunakan fesyen terkini di zaman moden ini tetapi pakaian tersebut biarlah digunakan daripada kain yang tidak terlalu nipis dan reka bentuk pakaian tersebut mestilah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan , tidak terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.
Corak dan warnanya perlulah sederhana tidak terlalu cerah hingga mendatangkan daya tarikan kepada orang yang melihatnya.
Jika syarat-syarat tersebut di patuhi maka tidak menjadi masaalah wanita muslimah menampilkan diri dengan pakaian yang memenuhi cita rasa semasa pada masa yang sama tidak bercangah dengan syariat Islam.
Terdapat beberapa kesilapan wanita tentang
aurat
Pertama : Wanita menganggap aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kedua : Bertudung tetapi ber' T-Shirt' berlengan pendik.
Ketiga : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
Keempat : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
Kelima : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Keenam : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
Ketujuh : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
Kelapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Kesembilan : Kesalahan bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Kesepuluh : Memakai baju kurung tetapi dipergelangan tangan tidak dipinkan hingga menampakkan kulit lengan.
Kesemua jenis berpakaian yang disebut di atas adalah diharamkan secara sepakat seluruh ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mukminah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya:perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki).
Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
"Wanita adalah perhiasan dan seindah
hiasan adalah wanita solehah"
Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
islam itu sempurna,jangan kita buat dia separuh..seperti pakai tudung tapi baju ketat..pakai baju labuh tapi jarang..pakai seluar tak ketat tapi stokin tinggal..jom sama-sama muhasabah..sesungguhnya ALLAH maha pemaaf dan pintu taubatNYA sentiasa terbuka untuk kita ..AMINNNN..
Dan setiap orang tak boleh kita nilai dari labuh tudungnya, panjang jubahnya. Respect semua sama rata, kecuali mereka2 yang tersenarai dalam golongan yang tak patut dihormati. Tapi sejahat mana manusia pun, bila dia bertaubat, dia adalah hamba yang paling disayangi Allah.
1. Bila kita tegur orang dengan niat kerana Allah (bukan sebab tunjuk best) kita dapat pahala.
2. Bila orng tu buat apa yang kita nasihatkan, kita dapat lagi pahala.
3. Bila dia pula ajak orang lain buat benda yang kita nasihat pada dia, kita pun dapat pahala juga.
Kurang2 kalau orang tak buat pun kita dah dapat pahala lah. Senangkan? Tapi ingat!!!, pahala banyak bukan penentu kita masuk syurga. Yang memasukkan kita ke sana ialah rahmat-Nya...AMINN
PEACE NO WAR!!!!
0 ulasan:
Post a Comment