Wednesday, 19 December 2012

KEMAAFAN...sejuta KETENANGAN jiwa

 
 
Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perkara yang paling membahagiakan!

 
Assalammualaikum KORANG!!!
 
Hari nie kiter nak citer skit kat korang pasal "KEMAAFAN"..
 
 

kORANG Pernah rasa disakiti ? 
Mungkin pernah or mungkin tidak pernah.
Dan yang pernah disakiti pun susah untuk melupakan peristiwa yang menyakitkan hati itu.
Jadi, cara yang paling mudah untuk melupakan peristiwa itu adalah dengan Memberi Kemaafan. 
kerana Maaf itu memberi sejuta ketenangan. Duka boleh jadi Suka. Derita boleh jadi Bahagia ! 
Jika tidak percaya cubalah...........
 
INSHAALLAH!!

 Kuncinya adalah K E I K H L A S A N dalam memberi 
K E M A A F A N .
 
 
 
 
 

 
"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.", Albaqarah : 237

 

  
Belajar MEMAAFKAN orang lain
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(surah an-Nur : 22)

“… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(surah at-Taghaabun : 14)
Orang yang paling baik adalah mereka yang mudah memaafkan orang lain. Betapa besarnya ganjaran memaafkan orang lain sehingga ada salah seorang sahabat baginda SAW yang masuk syurga kerana amalan memaafkan orang sebelum tidur pada setiap malam.
kiter akui tak mudah sebenarnya untuk kiter mengorbankan perasaan sendiri, menahan marah, membersihkan hati dari sifat tidak suka kepada orang dan lain-lain. Namun, selagi terdaya, berusahalah.INSHAALLAH!!!

“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”(surah asy-Syura : 43)
 
Segala usaha korang menyelamatkan persaudaraan ini, besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Hentikan persengketaan, berilah maafmu dan buka akaun baru. Jagalah nilai persaudaraan antara kita sesama muslim. Setidak-tidaknya, fikirlah bahawa dia juga saudaramu, dia juga adalah salah seorang umat Nabi Muhammad SAW yang sangat baginda cintai. Tegakah kiter membenci orang yang sangat dirindui baginda SAW
 
 
 
 
SELAMAT MENCUBA & BERAMAL....
dan BERDOA untuk MENJADI yg LEBIH BAIK 
INSHAALLAH korang mendapat KETENANGAN JIWA yg berlipat2...seperti ketenangan air tasik KIST..hehhehehe
 
 
PEACE NO WAR!!!!!!!!!!!!
 
 

0 ulasan:

Post a Comment