Friday, 4 January 2013

HARI TERISTIMEWA.....




Assalammualaikum KORANG!!!!

sory la korang dah lama xupdate BLOG coz internet

agak lembap so membuatkan kiter terasa MALAS nak update...hehheheh...sory..

...senarnya RINDU sgt2 nak tulis blog...tp nak buat mcm mn memandangkan internet agak kelembapan mcm siput sedut...so PASRAH dgn aper yg berlaku..hehehhehe


 

ari nie ARi yang paling best n bahagia sgt2....coz ari nie ialah ari jadi kiter yg ke 24 TAHUN...best sgt2 coz ramai yang wish n bg hadiah yg comei2 kat kiter....terasa dihargai sgt2...jarang kiter dapat merasai saat n keadaan mcm nie....mcm nak nangis pun ada coz kiter jarang sgt orng buat mcm nie kat kiter...kiter SAYANG korang sgt2....THANKS sgt2...tanpa korang kiter xrasa SEHEPI nie..hanya ALLAH saja yang tau perasaan ni...(ayat nak seday...hehehe)...

Tp PALING TERASA BAHAGIA skali biler MAK n ABAH kiter yg wish BEDAY coz sebelum nie slalu sgt slah tarikh wish...hehhehehhe..tanpa dorng kiter xkan berada di bumi ALLAH yg indah ni...TQ sgt2...I LOVE U so much...xtau mcm mn nak balas budi dorang yang xterNILAI ...n trima kasih juga kerana BLEY tahan ngan sikap ANAK dia yang tersangat nakal selama 24 tahun hidup di bumi ALLAH nie.....

so ALANG2 meh kiter nak kongsi skit pasal menyambut HARI JADI dalam ISLAM.....

 

 Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai.
 

 
Justeru itu, sekiranya kiter mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kiter memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya....

Antaranya.........

a. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah.

Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).

b. Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.

c. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

d. Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.

e. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang).


Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”
 
 

f. Muhasabah diri (koreksi diri) yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kiter lakukan selama ini.
Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian susuli dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah s.w.t.

Selain itu, insan yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia.

Pada hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usia kita terus diberkati.AMINNNN......
 
 
so kalu ada pe2 penambahan atau terkurang harap korang bantu k..n TRIMA KASIH LAGI SKALI KEPADA YG WISH N BG KITER HADIAH...hargai sgt!!!!!!!!!!!!LOVE U ALL...muah...muah...
 
 
 
PEACE NO WAR!!!!!!

Sunday, 23 December 2012

SELIPAR yg MENIPU....

 
 
ASSALAMMUALAIKUM KORANG......
(mood: hati yang duka)

Hurmmm hari ni cuaca mendung dengan bersilih ganti dengan hujan yang lebat  seperti tahu hati ini sedang menangis untuk melepaskan kesedeyhan yang ada ketika ini....(ayat mau touching)hurmmmm.. korang sedey tak kalu korng asyik kena tipu???..n korang rasa skit teramat2 x kalu yg tipu  korang tu plak orng yang paling dipercayai....or DISAYANGI....mcm tu la kiter rasai skarang nie...bukan skali jer tp berulang kali.....
PERLU ke MENIPU....

 
 


soooo.....ari ni kiter nak kongsi ngan korang tentang SELIPAR yg MENIPU...maybe lepas nie INSHALLAH kiter n korang yang slalu tertipu bley cuba elakkan n akan jadi lebih berhati2 dalam semua hal.....serta kalu korang tahu korang kena tpu...so SIASAT lu..mana la tau orang yang tipu korang ada alasan tersendri......

tengok gaya macam innocent je...SELIPAR pun pandai nipu




 
Tipu didefinisikan sebagai perbuatan curang atau kata-kata dusta untuk menyesatkan orang, kecoh, muslihat. Menipu pula adalah membuat kenyataan palsu dengan niat supaya fakta asal tidak diketahui.....
 
 

 
HUKUM bagi MENIPU
  • Hukum asal bagi berbohong adalah HARAM kerana ia mengandungi bahaya yang akan menimpa ke atas orang yang dusta itu ataupun ke atas orang lain. Dalam Al-Quran menjelaskan Allah SWT menyediakan balasan neraka kepada orang-orang yang berdusta.

  • Tetapi kadang-kadang berbohong mendatangkan maslahah (pandangan berbeza-beza). Di kala itu berbohong diharuskan.

  • Begitu juga berbohong kadang-kadang boleh menjadi WAJIB seperti jika seseorang bercakap benar akan mendatangkan bahaya kepada nyawa orang yang tidak berdosa akibat perbuatan orang yang zalim yang mahu membunuhnya. 

  • Berbohong juga menjadi HARUS untuk menghalang dari tercetusnya peperangan atau untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau untuk melunakkan hati orang yang teraniaya atau untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri yang bersengketa.



 
abis la kalu smua orang BERBOHONG...jd gini...jatuh MAKET weyy!! 
 

Dalam situasi ini diharuskan berbohong, tetapi hendaklah mengikut sekadar yang perlu sahaja dan tidak melampaui batas atau berlebihan. Ada banyak hadis yang membuktikan bolehnya berdusta  kerana maslahah-maslahah yang dinyatakan di atas. 

 

Thawban pernah berkata:
 
Berdusta itu semuanya haram kecuali yang mendatangkan manfaat bagi seseorang muslim atau boleh menolak sesuatu mudarat daripadanya. Begitulah yang dijelaskan di dalam kitab Maw'izah Al-Mukminin oleh Imam Al-Ghazali.
 
 
 
MACAM mn  Kenalpasti Si Penipu
  1. Maklumat dari orang ketiga
  2. Bukti fizikal
  3. Pengakuan dengan desakan
  4.  Pengakuan tanpa desakan
  5. Kata-kata/Perilaku mencurigakan
  6. Tidak konsisten dengan maklumat sedia ada
  7. Pengakuan tidak sengaja
Kata-kata/Perilaku mencurigakan
boleh membongkar sama ada suami, isteri, anak-anak, kawan mahupun jurujual menipu apabila berbicara. Kaedah sama juga diaplikasi oleh pihak polis untuk membezakan keterangan benar dengan yang palsu oleh suspek atau saksi.
Berikut adalah cara-cara mengenalpasti penipuan (www.lifetraining.com):

Penanda aras perlakuanKenalpasti perlakuan normal jurujual dengan bertanyakan soalan-soalan biasa seperti cuaca, makanan kegemaran dan minat. Perlakuan normal ini dikenali sebagai penanda aras perlakuan. Kemudian tanya soalan berkaitan barang yang dijual. Sekiranya jurujual menunjukkan reaksi dan ekspresi yang berbeza dengan penanda aras perlakuan, maka jurujual itu sedang menipu. Sekiranya individu itu adalah insan yang kita kenali, kita pasti sudah tahu reaksi dan perilakunya. Reaksi dan perilaku yang bercanggah dengan penanda aras perlakuan berlaku adalah individu itu menipu.

Percakapanorang yang menipu akan mengambil masa yang lama untuk menjawab pertanyaan atau menjawab dengan segera sebelum soalan tamat. Mereka juga akan meminta soalan diulang atau mengulangi soalan tersebut sendiri. Kadangkala mereka terlalu sopan ketika berkata-kata dan merungut atau terlalu senyap.

Sikaporang yang sedang menipu selalunya nampak tidak selesa, cemas, marah dan cuba mengelak.

Postur badanorang yang menipu menunjukkan pergerakan kaku dan sering menyilang kaki atau tangan.

Pergerakan tangansekiranya individu tersebut menggaru dahi, memicit muka, menyentuh leher dan menyapu belakang kepala sendiri, dia mungkin sedang menipu.

Pandangan mata
arah pandangan mata seseorang boleh menunjukkan apa yang difikirkan olehnya. Sekiranya dia melihat ke atas dan ke kiri, maka dia sedang mengingat kembali tetapi sekiranya arah pandangannya ke atas dan ke kanan dia sedang mencipta sesuatu yang baru. Oleh tiu, berwaspadalah jika pandangan matanya ke atas dan ke kanan, mungkin dia sedang menipu. Perlu ditekankan bahawa, arah pandangan adalah berlawanan bagi mereka yang kidal.

Butir ceritaperkara yang dikatakan oleh orang yang sedang menipu sering tidak konsisten. Jika gaya soalan diubah sedikit, jawapannya juga ternyata berbeza. Oleh itu, pastikan soalan anda adalah leading question supaya individu itu sukar menipu.
 
 lepas nie setiap orng kena letak selofantape kat mulut bg ngelak bohong
 
 
 
Larangan Menipu dalam Islam
 
Dalam hadith juga menjelaskan tanda-tanda mengenalpasti seseorang itu munafiq salah satunya adalah apabila ianya bercakap maka ianya menipu. Dalam kaedah fiqhiyyah juga turut memperjelaskan bahawa ‘matlamat tidak menghalalkan cara’ kerana diperolehi dengan cara tidak sah.
 
 Garis panduan ini merupakan asas utama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dalam masyarakat Jahiliyyah bertujuan membasmi penindasan dan ketidakadilan. Sebagai contoh dalam menguruskan jual beli yang banyak melibatkan urusan timbangan bagi urusan pembelian barang kerana penipuan dan riba bermaharajalela. Oleh itu, berdasarkan sejarah masa lampau,  menipu juga menyebabkan keruntuhan akhlak dan sikap mazmumah (keji). Alternatifnya budaya menipu ini mesti disingkirkan dalam diri. Pemahaman yang digariskan sebenarnya banyak membantu manusia mengelak diri dari menipu kerana jelas ianya bercanggah dan bersalahan. Keadaan ini disebut dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 42 & 283:
 
 “Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 42)
 “….Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat 283)
 
 Surah Al-Munafiqun, Ayat 1 pula menjelaskan sifat orang munafik yang suka menipu:
 
 “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” (Surah Al-Munafiqun, Ayat 1)
 
 Ayat-ayat Al-Quran serta hadith di bawah menerangkan kesan serta akibat perbuatan menipu:
 
 …. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta. (Surah Ghaffir, Ayat 28)
 Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesiapa yang menipu kami, maka ia bukanlah daripada kalangan kami.” (Riwayat Muslim
 
SO kepada yang DITIPU tue pas nie bley la tahu sape yg menipu...
n saper yg KAKI TIPU tue cepat2 la BERTAUBAt kerana pintu TAUBAT sentiasa terbuka untuk korng yg ingn kembali ke jalan benar AMIN...ALLAH MAHA MENGETAHUI PE YANG BERLAKU...so renung2kan dan selamat BERAMAL
 
PEACE NO WAR!!!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, 21 December 2012

seribu S.A.H.A.B.A.T satu KENIKMATAN

Ukhwah Fillah....
Sahabat yang setia bagaikan PERFUME yang mengharumkan ikatan. Sahabat sejati menjadi PENDORONG  segala impian. Sahabat berhati mulia membawa kita  MENUJU ke jalan Allah....INSHAALLAH


Assalammualaikum KORANG!!!!!!!!
korang ada rasa x dalam hidup ini kite pasti akan memerlukan teman atau dipanggil sebagai SAHABAT.. Merekalah yang akan menjadi teman semasa kite masih hidup di dunia ini. SAHABAT yang baik akan sentiasa membimbing kite ke arah kebaikan.
Dalam kite berkawan biarlah ikhlas dan bukannya bersebab. Kite hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan kebaikan kepada SAHABAT kite tanpa mengharapkan apa-apa balasan kembali darinya. Biarlah Allah S.W.T yang membalas kebaikan yang kite lakukan.





Adab dalam berkawan memang perlu sentiasa dijaga supaya hubungan persabahatan yang dibina akan berkekalan sampai bila-bila. Kite akan dapat mengenali siapa rakan-rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dengan diri kite di waktu susah dan juga senang.
Kawan yang ramai sememangnya boleh dicari. Itu memang benar. Dimana-mana sahaja tempat kite boleh berkenalan dengan orang lain. Rakan-rakan sekampung, rakan sekolah, rakan universiti, rakan tempat kerja dan banyak lagi rakan-rakan lain yang boleh kita jumpa dimana-mana. Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
Kehidupan kite dan rakan-rakan kite adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Rakan-rakan boleh menjadi tempat untuk kite berkongsi masalah. Rakan yang terbaik akan menjadi pendengar yang baik dan akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang kite hadapi.
Kite juga boleh meminta pandangan dari rakan-rakan kite terhadap perkara yang kite tidak tahu. Hargailah pandangan yang diberikan oleh rakan kita walaupun adakalanya kite tidak bersetuju.

 
"Waktu kita dalam keadaan senang, rakan-rakan akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa rakan-rakan kita."
 


BERSAHABAT dalam Islam

Makna sahabat sangat pelbagai. Dari sisi Nik Aziz, sahabat ada 3 kategori:

1)Sahabat ibarat macam hamba-Kite hanya perlukan dia bila kite susah tapi bila keadaan sebaliknya,kite buang saja.

2)sahabat seperti bank Islam-Apabila kite kesesakan,dia menghulurkan sumbangan dan tak kenakan faedah atau bunga pun. maksudnya saling tolong-menolong apabila seseorang dalam kesusahan.

3)Sahabat sehidup semati- kategori atau tahap yang paling tinggi (ithar) dan sukar untuk dicapai. tahap sebegini kite sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabat.Jika kite makan,kite akan teringatkan sahabat kite,adakah dia sudah makan?Oh,sungguh bahagia kalau dapat sahabat seperti ini.



Sebagaimana hadis nabi SAW :

لا يؤمن أحدُكم حتى يحبَّ لأخيه ما يحبُّ لنفسه

“ Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.”
 
 
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
 
 
1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
 
 
 
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.” (Muslim)





SO...Sebelum kite berharap untuk menemui sahabat yang sejati, pastikan diri kite juga bersedia untuk menjadi seorang sahabat yang baik untuk kawan kite.
Mari kite renungkah sama ada kite telah menjadi sahabat yang baik………..
  • Memberi salam terlebih dahulu apabila bertemu.
  • Utamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.
  • Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta.
  • Menyembunyikan segala rahsia sahabat.
  • Memberikan perhatian ketika sahabat kita bercakap dan tidak sekali mencelah ketika dia bercakap ataupun bersikap endah tak endah.
  • Tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
  • Memanggil sahabat dengan nama atau panggilan yang disukainya.
  • Melahirkan kegembiraan apabila menerima pertolongan, hadiah atau jasa baik sahabat.
  • Tidak mengulang-ulang atau menyebut kesalahan atau keburukannya yang lalu.
  • Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Tegur secara rahsia atau berhemah.
  • Sentiasa mendoakannya
  • Merasa gembira dengan kegembiraannya dan bersedih dengan kesusahannya.
  • Tidak berburuk sangka terhadap sahabat.
  • Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia tertekan.
  • Berterima kasih atas kebaikannya.
Semoga kita berjaya memimpin diri kita untuk mempraktikkan nilai murni sebagai sahabat yang baik.
 
 
Puisi Dari Seorang Sahabat :
Jangan cinta kerana dia perempuan anggun,
kelak kita akan membenci,
jika dia bukan perempuan anggun yang dicari,
hanya pandai menabur janji.
Jangan dirindu pada kecantikanya,
kelak kita akan terseksa,
jika dia tidak sebaik rupanya,
senyumnya manis hanya sandiwara.
Jangan disayang kerana berpangkat mahupun berharta.
kelak kita hidup menderita,
jika hartanya habis dibelanja dan jika kerjayanya musnah,
sukarnya hidup miskin dan papa kedana.
Jangan dikasih kerana dipuji,
kelak kita menagih janji,
jika rupa berkedut dimamah hari,
hilang sudah puji memuji.
Jangan dicari seorang kekasih,
kelak kita akan tersisih,
jika kasih hilang luntur dihati,
menangislah diri hidup bersedih..
Jangan disambut salam rindu,
kelak kita menahan tersendu,
jika rindu tak dapat disatu,
dimanakah akan kita mengadu.
Jangan dilayan seorang teman,
kelak hidup menjadi ancaman,
jika teman tidak beriman,
dibakar api dihari kemudian.
Duhai sahabat Duhai teman,
carilah dia kerana tuhan,
untuk menambah ceteknya iman,
bekalan diri hidup berteman.
Duhai sahabat Duhai teman,
cintailah dia kerana beriman,
dijadikan tuhan sebagai pasangan,
baik buruk ketentuan tuhan.
Duhai sahabat Duhai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..
Duhai sahabat Duhai teman.. 
ingatlah akan janji tuhan..
  

Hargailah rakan-rakan yang masih ada bersama dengan diri kite. Jika kite tidak pandai untuk menghargai rakan-rakan kite, sudah tentu mereka akan pergi meninggalkan kite. Berbuat baiklah kepada rakan-rakan kite mengikut kemampuan diri kite. Sentiasa mengambil berat kepada diri mereka



SO SELAMAT BERAMAL....PEACE NO WAR!!!


Wednesday, 19 December 2012

KEMAAFAN...sejuta KETENANGAN jiwa

 
 
Memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf adalah perkara yang paling membahagiakan!

 
Assalammualaikum KORANG!!!
 
Hari nie kiter nak citer skit kat korang pasal "KEMAAFAN"..
 
 

kORANG Pernah rasa disakiti ? 
Mungkin pernah or mungkin tidak pernah.
Dan yang pernah disakiti pun susah untuk melupakan peristiwa yang menyakitkan hati itu.
Jadi, cara yang paling mudah untuk melupakan peristiwa itu adalah dengan Memberi Kemaafan. 
kerana Maaf itu memberi sejuta ketenangan. Duka boleh jadi Suka. Derita boleh jadi Bahagia ! 
Jika tidak percaya cubalah...........
 
INSHAALLAH!!

 Kuncinya adalah K E I K H L A S A N dalam memberi 
K E M A A F A N .
 
 
 
 
 

 
"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.", Albaqarah : 237

 

  
Belajar MEMAAFKAN orang lain
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(surah an-Nur : 22)

“… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”(surah at-Taghaabun : 14)
Orang yang paling baik adalah mereka yang mudah memaafkan orang lain. Betapa besarnya ganjaran memaafkan orang lain sehingga ada salah seorang sahabat baginda SAW yang masuk syurga kerana amalan memaafkan orang sebelum tidur pada setiap malam.
kiter akui tak mudah sebenarnya untuk kiter mengorbankan perasaan sendiri, menahan marah, membersihkan hati dari sifat tidak suka kepada orang dan lain-lain. Namun, selagi terdaya, berusahalah.INSHAALLAH!!!

“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”(surah asy-Syura : 43)
 
Segala usaha korang menyelamatkan persaudaraan ini, besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Hentikan persengketaan, berilah maafmu dan buka akaun baru. Jagalah nilai persaudaraan antara kita sesama muslim. Setidak-tidaknya, fikirlah bahawa dia juga saudaramu, dia juga adalah salah seorang umat Nabi Muhammad SAW yang sangat baginda cintai. Tegakah kiter membenci orang yang sangat dirindui baginda SAW
 
 
 
 
SELAMAT MENCUBA & BERAMAL....
dan BERDOA untuk MENJADI yg LEBIH BAIK 
INSHAALLAH korang mendapat KETENANGAN JIWA yg berlipat2...seperti ketenangan air tasik KIST..hehhehehe
 
 
PEACE NO WAR!!!!!!!!!!!!
 
 

Monday, 17 December 2012

busuk KAKI lagi baik daripada BUSUK HATI

Assalamualaikum korang!!!

Alhamdulillah sgt2 coz minggu hujan jer....langit mendung xmcm ari2 lain,sejuk n tenang jer rasa....semendung n setenang air di dalam kolam KIST....wahhh!!!!ayat xmenahan....hehheheheh..mesti time nie ikan dr kolam KIST meloncat loncat kegembiraan kuar dr kolam.....almaklum la asyik ujan jer skarng nie..


wah bley lawan ATLET NEGARA acara lompat tinggi...
 

hurmmmm.....

tp kalu tido time2 ginie mesti lagi best..tp memandangkan kiter dah terlalu lalu sgt la puas tido...so meh kiter ada satu topik nak kongsi ngan korang.....pe pendapat korang tentang BUSUK HATI????......


busuk HATI yang dah sampai tahap Cirrhosis...(WAH!!!masuk sains plak!!!)

 

Tipu la kalu korng cakap korng xpernah rasa busuk hati kat orng...kiter sendri pon ada rasa busuk hati kat orang......rasa mcm nak cekik2 n gigit2 jer orng tu....hehehhehehe..tp sebenarnya kalu bley kiter kena elakkan daripada busuk hati kat orng coz xelok untuk diri kiter dan orang sekeliling kiter coz ia akan memburukkan lagi keadaan.....korang rasa PUAS KER kalu korang dah buat something yang xbaik kat orng yg korng dengki n busuk ati sgt tue???hurmmm....so.. tepuk dada Tanya kaki......hehehehee


motif sangat nak tya sama kaki....

            

macam mana
HASAD DENGKI boleh muncul dalam HATI KITER??

Hasad dengki muncul akibat bisikan syaitan yang menghembus ke benak hati untuk melakukan sesuatu kezaliman ke atas orang lain, menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang dan berasa puas dengan taktik tersebut.Hal ini berlaku kerana manusia yang hatinya busuk sentiasa memikirkan cara untuk naik ke atas dan memijak orang lain dengan bangganya.


 

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.

Riwayat Hadith al-Bukhari

 

 

 
bahaya kalu gini gaya nyer....


NAK Iri Hati itu BOLEH...JIKA!!!!!!!!!?

jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih baik amalannya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka.

AMINNN........

Berazam untuk beribadah, beramal dan bekerja dengan lebih. Melebihi orang lain, ini iri hati yang baik. Iri hatilah kepada para ilmuan Islam yang telah banyak menyumbangkan buah fikiran dan gerak kerja Dakwah yang belum mampu kita laksanakan.


Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati
 

1.Muhasabah Diri
 
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.

 


2.Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
 
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri hati dan dengki. Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang




3.Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
 
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”

4.Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

Rasulullah bersabda,
Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).


5.Husnuzon (Berprasangka Baik).

Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
 
Tentu, perkara ini  yang tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.

6.Ikhlaskan Diri.
 
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukanOrang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

 
 
 
 
 
CONCLUSION

Yakinlah Dengan Keadilan Allah.
 
Allah menciptakan kita dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing punya kelebihan yang tidak dimiliki oleh sebahagian yang lain. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melengkapkan sesama manusia. Kerana kita semuanya memerlukan antara satu sama lain.

Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.

Inilah bukti adilnya Allah menciptakan makhluknya yang sentiasa memerlukan dan tidak boleh hidup sendiri. Maka kita semua perlu saling menghormati kerana tidak satu pun di kalangan kita boleh hidup sendiri. Kita saling memerlukan.Aku memerlukan kamu.Dankamu memerlukan aku.

 
 
so meh kiter semua n kiter sendiri kawal perasaan hasad dengki , iri hati  serta busuk hati kiter tue drpda terus bermaharajalela dalam hati sanubari kiter...banyakkan beristiffar dan bersabar...kerana orng yg dapat mengawal perasaan seperti itu Allah sgt suka...n setiap ape yang terjadi ada hikmahnya....so selamat mencuba dan beramal....AMINN





 
 

PEACE NO WAR!!!!!!!